Thursday, November 25, 2010

GAMBAR SEKOLAH



* Klik gambar untuk lihat lebih jelas



PIAGAM PELANGGAN


1.            Utamakan Pelanggan.

2.            Mendidik anak murid dengan adil dan saksama.

3.            Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk bekerja dan belajar.

4.            Guru menjadi role-model.

5.            Melahirkan insan selaras dengan FPK.

6.            Memberi perkhidmatan bermutu dan cemerlang.

7.            Mewujudkan masyarakat penyayang.

LENCANA SEKOLAH

SIMBOL,WARNA DAN MOTO

Bintang yang berwarna kuning dan yang bersudut empat pada latar belakang biru tua, memancarkan cahayanya ke arah sebuah buku. Ini adalah bintang kebijaksanaan yang memancar ke atas ilmu pengetahuan. Bintang itu melambangkan cita-cita dan harapan pelajar menuju ke arah pencapaian akademik dan moral yang cemerlang.

Empat pecahan pada bintang itu melambangkan tujuan penting kehidupan kita, iaitu untuk mendapatkan kejayaan yang sebenar dengan cara mempelajari dan mengamalkan empat prinsip berikut :

(a) Kebenaran :  Ikhlas dalam percakapan, tingkah-laku, kesedaran dan berterus-terang.

(b) Keadilan :  Kejujuran, bersopan-santun dan menghormati hak orang lain.

(c) Kasih Sayang : Kasih sayang kepada sesama manusia, menghormati dan bersedia membentuk serta berkongsi dengan orang lain sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang sama rata.
(d) Kebebasan : Saling mempertimbangkan dan menghormati prinsip dan hak orang lain.


Motto Sekolah     :        VIA VERITAS VITA  

Pada bahagian bawah lencana tertulis tiga perkataan Latin yang merupakan motto sekolah : -

(a)  VIA (The Way) : Bagaimana hendak menjalani kehidupan kita dengan penuh keyakinan walaupun terdapat ranjau dan kesusahan.

(b)  VERITAS (The Truth) : Bagaimana dalam keadaan yang mengelirukan dapat kita
membezakan antara yang benar dan yang salah.


(c) VITA (The Life) : Bagaimana mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan dan berkekalan sepanjang tahun.